comscore
Tumpuan :
Sukan

Arsenal wajib menang EPL

FOTO: REUTERS

LONDON: Selepas memperkuatkan skuad pada jendela perpindahan bulan lalu, Mikel Arteta berkata Arsenal tidak boleh memberi sebarang alasan sekiranya mereka tidak memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama dalam tempoh dua dekad

Arteta yang juga pengurus terbaik EPL bulan Januari membelanjakan lebih daripada £50 juta (RM260.7 juta) untuk mendapatkan tiga pemain baharu dalam usaha kelab itu mahu mengekalkan kedudukan di puncak liga

Mereka adalah pemain tengah Itali Jorginho; penyerang Belgium, Leandro Trossard dan pertahanan Poland, Jakub Kiwior.

The Gunners mendahului lima mata daripada Manchester City yang berada di tempat kedua dan kurang satu perlawanan berbanding juara bertahan itu

Arteta sedar pasukannya berada dalam kedudukan terbaik untuk memenangi kejuaraan liga pertama untuk kelab itu sejak 2004.

Arteta ditanya mengenai sama ada tiada alasan lagi untuk Arsenal gagal menjulang kejuaraan liga.

“Jika anda mahu menyatakannya begitu, tidak apa. Apa yang kami perlu lakukan ialah berlatih dan menang. Itu sahaja yang boleh kami lakukan,” katanya.

Arsenal sepatutnya berbelanja lebih besar tetapi mereka terlepas peluang mendapatkan pemain sayap Ukraine, Mykhailo Mudryk yang sebaliknya menyertai Chelsea dan pemain tengah Brighton, Moises Caicedo. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini