comscore
Tumpuan :
Sukan

Arul belum buat keputusan

FOTO: Fail MHC

KUALA LUMPUR: Bekas ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Arul Selvaraj memaklumkan beliau masih belum memutuskan sama ada kembali menjawat jawatan itu.

Konfederasi Hoki Malaysia pada 6 Februari lalu mengiklankan kekosongan jawatan ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan selepas pasukan kebangsaan dibubarkan hujung bulan lalu.

Kontrak Arul juga tamat pada 31 Januari lalu dan tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Februari ini yang mana ia dibuka kepada semua calon sama ada dari luar negara mahupun tempatan termasuk Arul.

“Maaf, saya belum buat keputusan lagi,” kata Arul ringkas kepada BH Sukan.Arul dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Speedy Tigers pada Ogos 2020 dengan misi utama melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Malaysia gagal melayakkan diri ke temasya terbesar dunia itu sesudah terlepas pingat emas di Sukan Asia Hangzhou, tahun lalu yang menjanjikan slot automatik ke Paris apabila sekadar mengakhiri saingan di tempat keenam.

Skuad negara juga gagal memanfaatkan peluang terakhir pada pusingan kelayakan Olimpik di Muscat, Oman apabila mengakhiri saingan di kedudukan kelima, bulan lalu.

Antara pencapaian terbaik Arul sepanjang membimbing skuad negara adalah muncul juara Piala Sultan Azlan Shah 2022 selain naib juara Trofi Juara-Juara Asia di Chennai, India, tahun lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini