comscore
Tumpuan :
Sukan

ASIA TALENT CUP: Hakim Danish Ungguli Perlumbaan 2

Foto: NSTP

Oleh Fariz Zolkarnain

SEPANG: Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli menceriakan peminat tempatan yang hadir di Litar Antarabangsa Sepang apabila memenangi perlumbaan 2 Asia Talent Cup (ATC), hari ini.

Hakim mencetuskan sensasi itu dalam keadaan litar basah sekaligus mengetepikan cabaran daripada pelumba Indonesia, Veda Ega Pratama yang terpaksa akur di tempat kedua manakala pelumba Jepun, Shinya Ezawa melengkapkan podium di tempat ketiga.

“Saya sangat gembira dengan perlumbaan tadi kerana menang di halaman sendiri. Selepas terjatuh semalam dan gagal menamatkan perlumbaan, saya buang rasa sakit apabila turun berlumba hari ini.

“Saya cuba berada di depan pada separuh perlumbaan tetapi Veda juga agak laju. Di pusingan terakhir saya ada buat kesilapan tetapi saya berjaya mengawal semula motosikal dan akhirnya memenangi perlumbaan,” katanya.

Kejayaan terbaharu ini menyaksikan Hakim, 15 tahun kembali mendahului carta keseluruhan pelumba dengan 151 mata, berkelebihan tiga mata berbanding Ezawa.

Gelaran juara keseluruhan akan ditentukan di pusingan terakhir di Litar Mandalika, Indonesia dari 11 hingga 13 November depan.

Loading...
Terkini