Tumpuan :
Sukan

Atlet kini ada pilihan alternatif pemulihan sukan selain ISN

Bekas Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Dr. S Shamala mencuba peralatan pemulihan sukan di IDEAL Rehab Lab.

PETALING JAYA: Atlet yang memerlukan rawatan pemulihan sukan kini mempunyai pilihan alternatif selain di Institut Sukan Negara (ISN) dengan pelancaran IDEAL Rehab Lab di Subang Jaya.

Pusat fisioterapi dan pemulihan sukan ini menawarkan penjagaan kesihatan dan kecergasan berteknologi tinggi pada harga yang mampu milik.

Pengasas IDEAL Rehab Lab, Dr. Faizi Rosli berkata, pusat berkenaan setanding dengan fasiliti milik pasukan bola sepak terkemuka seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC.

“Pembukaan cawangan ini adalah hasil 10 tahun pengalaman kami dalam industri kesihatan dan kecergasan yang merangkumi pemeriksaan perubatan, senaman klinikal, fisioterapi serta rawatan di rumah,” katanya.

Beliau berkata, penubuhan pusat itu adalah untuk memenuhi keperluan pemulihan sukan yang lebih khusus dan memberikan komitmen terbaik dalam penjagaan kesihatan untuk atlet serta masyarakat umum.

Antara teknologi canggih yang ditawarkan di IDEAL Rehab Lab termasuk VALD Forceframe dan MyJump Lab, yang digunakan oleh kelab bola sepak terkemuka serta beberapa hospital swasta.

Menurut Dr. Faizi, IDEAL Rehab Lab turut menjadi salah satu daripada segelintir pusat rawatan swasta di Malaysia yang menyediakan Ujian Senaman Kardiopulmonari (CPET) di luar hospital.

“Kemudahan ini memberikan alternatif yang lebih mudah diakses untuk penilaian menyeluruh terhadap kesihatan jantung dan paru-paru,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini