comscore
Tumpuan :
Sukan

Aubameyang tak sabar jumpa Arsenal

FOTO: REUTERS / HANNAH MCKAY

LONDON: Penyerang Chelsea, Pierre-Emerick Aubameyang tidak sabar untuk bertemu Arsenal bagi membalas dendam selepas ditamatkan kontrak oleh pendahulu Liga Perdana Inggeris itu.

Aubameyang dipinggirkan oleh pengendali Arsenal, Mikel Arteta musim lalu berikutan masalah disiplin sebelum menyertai Barcelona pada Januari.

Penyerang 33 tahun itu dilucutkan sebagai kapten dan kontraknya ditamatkan oleh Arsenal.

Namun pemain Gabon itu kembali ke Liga Perdana Inggeris pada September oleh Chelsea pada hari terakhir jendela perpindahan.

Bos Chelsea, Graham Potter mengakui Aubameyang bersemangat untuk berdepan kelab lamanya.

“Saya rasa dia tidak sabar untuk perlawanan itu. Arsenal pada prestasi terbaik dan sejarahnya menjadikan ia perlawanan menarik untuk Auba,” kata Potter.

Aubameyang antara pemain popular dalam kalangan peminat sepanjang empat tahun di kelab London utara itu, menjadikan perpindahannya sesuatu yang mengejutkan.

Ditandatangani oleh pengendali Chelsea sebelum ini, Thomas Tuchel, Aubameyang memulakan kempen cemerlang bersama The Blues – meledak tiga gol dalam 11 penampilan. – AFP

Loading...
Terkini