comscore
Tumpuan :
Sukan

AUG 2024: Bryan raih emas 50m kuak kupu-kupu

Perenang negara, Bryan Leong (tengah) meraih pingat emas acara 50meter (m) kuak kupu-kupu lelaki Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 di kolam renang Komite Olahraga Nasional Indonesia (KONI) Jawa Timur. Foto NSTP

SURABAYA: Perenang negara, Bryan Leong menebus kekecewaan semalam apabila bangkit meraih pingat emas dalam acara 50meter (m) kuak kupu-kupu lelaki Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 di kolam renang Komite Olahraga Nasional Indonesia (KONI) Jawa Timur, petang tadi.

Selepas terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa 50m kuak dada lelaki semalam, Bryan yang juga pembawa Jalur Gemilang AUG 2024 memperaga aksi cemerlang sekali gus merangkul pingat emas pertamanya di AUG 2024 dengan catatan 24.54s.

Tan Khai Xin meneruskan momentum dengan meraih pingat emas keduanya di AUG 2024, kali ini menerusi acara 400m rampaian individu lelaki (4:42.70s) dan rakan senegara, Liew Zeng Whye berjaya meraih pingat perak (4:45.90s)

Kuartet 4x200m lelaki negara dibarisi Khai Xin, Ng Shin Jian, Low Zheng Yong dan Hii Puong Wei menghadiahkan pingat emas ketiga menerusi acara 4x200m gaya bebas dengan catatan 7:38.24s

Tiga pingat gangsa pula dituai menerusi Georgene Wee dalam acara 400m rampaian individu wanita 800m gaya bebas selain Wong Shi Qi dalam acara 50m kuak kupu-kupu wanita.

Semalam, skuad renang sudahpun meraih dua pingat emas menerusi Khai Xin dalam acara 400m gaya bebas lelaki dan juga Phee Jinq En dalam acara 50m kuak dada wanita.

Selepas hari kedua acara renang berlangsung, skuad renang negara sudahpun merangkul lima pingat emas, dua pingat perak dan enam pingat gangsa.

Sebagai rekod, skuad renang negara merangkul enam pingat emas, 11 pingat perak dan 10 gangsa pada temasya di Ubon Ratchathani, dua tahun lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini