comscore
Tumpuan :
Sukan

Awas Buriram! AMD Panthers mahu balas dendam!

Foto: NFDP

Oleh Saiyed Ismail Saiyed Hussin

GAMBANG: Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Panthers U13 mara ke perlawanan akhir Piala Supermokh 2022, selepas menjinakkan Asiana Soccer School 2-1 dalam peringkat separuh akhir hari ini.

Aksi sengit dipamerkan dalam kategori bawah 13 tahun diantara kedua-dua pasukan yang berlangsung di AMD di Gambang, Pahang.

Permainan 35 minit setiap separuh masa itu menyaksikan skuad dibimbing oleh Abdul Aziz Ismail berjaya menyerap asakan lawan dari Indonesia.

Selepas jaringan pembukaan Mohd Iman Danish Mohd Syukor seawal minit ke-12, Mohd Asmadi Mohd Raflee terus meletakkan wakil negara itu dalam keadaan selesa dengan menggandakan kelebihan minit ke-31.

Pertarungan diselangi dengan ketangkasan kedua-dua penjaga gol Adrian Muslim Sufian dan Gibran Rajendra Taraka yang sibuk di gawang masing-masing menyelamatkan keadaan.

Anak buah Heriansyah cuba menyalakan kebangkitan saat akhir dari gol Mochamad Mierza Firjatullah pada minit ke-56 namun ia belum memadai menidakkan kemenangan penting 2-1 wakil negara itu sebaik wisel penamat ditiup.

“Tahniah kepada semua pemain diatas kemenangan hari ini dengan jaringan 2-1. Apapun yang penting ialah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir esok. Semestinya kalau mana-mana pasukan yang berada di peringkat akhir, akan sasarkan juara la. Jadi kali ini kami mensasarkan juara,” kata jurulatih Abd Aziz Ismail yang pernah menyarung jersi kebangsaan pada 2003.

Pertemuan kemuncak dijadual 4 petang esok menyaksikan ulangan perlawanan akhir tahun 2019 apabila juara bertahan Buriram United sekali lagi menjadi halangan.

Loading...
Terkini