PETALING JAYA: Cabaran perseorangan negara di Kejohanan Badminton Masters Jepun berakhir pada pusingan kedua hari ini selepas tersingkirnya Ng Tze Yong yang tewas di tangan pilihan pertama, Viktor Axelsen.
Bagaimanapun Tze Yong menampilkan tentangan sengit sebelum kalah dalam perlawananan tiga set yang berlanjutan 1 jam 5 minit itu.
Sedari set pertama Axelsen menghadapi kesukaran dengan aksi melawan TzeYong sebelum menang 22-20 pada set pertama.
Tze Yong mengekalkan momentumnya dan berjaya mengheret saingan ke set penentuan selepas menamatkan set kedua 21-11.
Pengalaman bagaimanapun nyata berpihak Axelsen apabila pemain nombor satu dunia itu menang 21-18 pada set penentuan.
Suku akhir esok Axelsen berdepan pemain Indonesia, Jonatan Christie.