comscore
Tumpuan :
Sukan

Azeem antara 3 atlet Perak terima Pingat Jasa Kebaktian

Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) iaitu Pingat Negeri Perak sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-67 Sultan Perak

IPOH: Tiga atlet dari Perak termasuk pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) iaitu Pingat Negeri Perak sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-67 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, hari ini.

Selain Azeem yang memenangi pingat gangsa dalam acara 100 meter lelaki di Sukan Asia 2022, Hangzhou baru-baru ini; pingat PJK turut dianugerahkan kepada Shereen Samson Vallabouy yang memenangi pingat gangsa dalam acara 400 meter dan 4×100 meter perempuan; dan kepada Muhd Shafiq Puteh yang memenangi pingat gangsa dalam acara terjun 3 meter papan anjal seirama.

Mereka bertiga adalah antara 33 penerima PJK yang akan dianugerahkan pingat yang tidak membawa gelaran itu dalam Istiadat penganugerahan bagi sesi kedua yang akan berlangsung pada 18 November ini di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin, berkata Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mengurniakan pingat itu kepada tiga atlet berkenaan atas kejayaan memenangi pingat di Sukan Asia 2022.

Tan Sri Dr Mohd. Zahidi Zainuddin (kiri) pada sidang akhbar sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Ipoh hari ini. – FOTO: NSTP

“Daripada seramai 238 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat-Pingat Negeri Perak Darul Ridzuan pada tahun ini, Sultan Nazrin berkenan mengurniakan pingat kepada ahli sukan dari negeri Perak yang berjaya memenangi pingat di Sukan Asia 2022,” katanya dalam sidang media Sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-67 Sultan Nazrin di Laman Seri Ridzuan, di sini, hari ini.

Mohd Zahidi berkata, pengurniaan itu dianggap suatu pembaharuan bagi sambutan tahun ini berbanding sebelumnya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini