comscore
Tumpuan :
Sukan

Azeem muncul pemenang Anugerah Emas KPM 

PUTRAJAYA: Atlet pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi memenangi Anugerah Emas KPM dalam edisi yang ke-54 majlis Anugerah KPM-MSSM-MILO 2022. Bintang acara pecut dari Melaka yang berumur 19 tahun ini menunjukkan prestasi cemerlang apabila merangkul pingat gangsa di Sukan Asia 2023 dalam acara 100m, pingat pertama yang dimenangi dalam 100m oleh seorang rakyat Malaysia selepas tempoh 41 tahun.

Selain mengiktiraf lebih daripada 500 pemenang, anugerah terulung ini sekali lagi memaparkan kebolehan atlet muda Malaysia dengan bakat bertaraf dunia, sambil turut memberikan sokongan kepada individu yang telah memberikan sumbangan berharga kepada kejayaan mereka.

Anugerah mengiktiraf pencapaian luar biasa bakat-bakat muda dalam 13 kategori dan juga barisan guru dan jurulatih yang menyokong mereka dalam perjalanan mencapai kecemerlangan sukan.

Sebagai salah satu platform yang paling berpengaruh dalam arena sukan Malaysia, usaha MSSM telah diperkukuh menerusi kerjasama jangka panjang dengan MILO sebagai penaja utama sepanjang tujuh puluh tahun lepas.

MSSM telah memainkan peranan penting dalam mencungkil bakat-bakat tersembunyi di kalangan anak-anak muda di sekolah rendah dan menengah, mendorong mereka untuk mengejar impian dan menempa nama dalam pelbagai arena sukan.

Anugerah KPM-MSSM-MILO menjadi landasan bagi atlet yang sedang meningkat naik untuk melangkah lebih jauh dan mewakili Malaysia di peringat global.

Loading...
Terkini