comscore
Tumpuan :
Sukan

Azizulhasni dan Pandelela, Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2021

FOTO: NSTP

 

Oleh Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Datuk Mohd Azizulhasni Awang dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 2021 pada majlis Anugerah Sukan Negara 2021 yang berlangsung di kompleks Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pelumba basikal trek negara itu menewaskan lima lagi calon iaitu Aaron Chia / Soh Woi Yik (badminton), Buda Anak Anchah (bina badan), Ng Eain Yow (squash) dan Syarifuddin Azman
(permotoran).

Manakala ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg menepati ramalan menerima anugerah Olahragawati Kebangsaan 2021.

Beliau menewaskan empat lagi calon iaitu Meilaura Dora Jimmy (bina badan), Rachel Arnold dan Aifa Azman (squash), dan Nur Amisha Azrilrizal (Muaythai).

Kemenangan dua ikon negara ini dinilai berdasarkan pencapaian cemerlang mereka di pentas antarabangsa sepanjang tahun 2021.

Azizulhasni dan Pandelela menerima anugerah yang disampaikan Perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis Anugerah Sukan Negara 2021 di kompleks Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dalam majlis itu, Perdana Menteri turut mencabar atlet negara meraih pingat emas pertama negara di pentas Sukan Olimpik Paris 2024.

Malaysia telah memenangi 13 pingat Olimpik secara keseluruhan – lapan perak dan lima gangsa – sejak pertama kali bertanding pada 1956.

Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei ialah atlet negara yang paling berjaya pada kejohanan itu dengan pencapaian tiga pingat perak.

Loading...
Terkini