comscore
Tumpuan :
Sukan

Azrai terus mengganas, ledak lima lagi gol

Azrai (tengah) terus mencuri tumpuan menjaringkan lima gol TNB yang menundukkan KL City 13-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini. – Foto ihsan MHC

KUALA LUMPUR: Penyerang  Tenaga Nasional Berhad (TNB), Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal terus membuktikan ketajaman tindakan penyudahnya apabila menjaringkan lima gol membantu TNB mengalahkan pendatang baharu KL City 13-0 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Azrai menjaringkan gol pada minit ke-20, 27,47,52 dan 60.

Turut mencuri tumpuan  Shahril Saabah yang mencipta hatrik menerusi jaringan minit ke-6,24 dan 53 manakala ketua pasukan Syafiq Syed Cholan dua gol (11th, 38th).

Melengkapkan kemenangan besar TNB, Norsyafiq Sumantri (m-14), Shello Silverius (m-25t), dan Azril Misron (m-54).

Apa yang pasti Azrai sebelum ini sudah melaungkan amaran untuk mencapai misi peribadinya, mempertahankan anugerah penjaring terbanyak yang diciptanya musim lalu sambil mengintai peluang untuk meraih anugerah MVP (Pemain Paling Bernilai).

Musim lalu Azrai penyerang kelahiran Perak itu menjaringkan 40 gol.

Ketika ini TNB di tangga teratas mengumpul 20 mata, terus dicabar Maybank yang turut memiliki 20 mata selepas masing-masing beraksi lapan perlawanan.

Maybank yang berada di tangga kedua berdasarkan perbezaan jaringan, melakar kemenangan besar hari ini, mengalahkan Young Elephants – Pahang 9-0.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini