comscore
Tumpuan :
Sukan

Azri kekal benteng terakhir, Safawi barisi kesebelasan utama

FOTO: FAM

PETALING JAYA: Berdepan Taiwan pada misi penting kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, penjaga gawang Kuala Lumpur City, (KL FC), Azri Ghani terus mendapat kepercayaan Kim Pan Gon selaku pertahanan terakhir Harimau Malaya.

Manakala Safawi Rasid yang kerap berperanan sebagai pemain gantian akan turun membarisi kesebelasan utama.

Berdasarkan kesebelasan utama yang diturunkan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, tidak banyak perubahan yang dilakukan Pan Gan apabila mengekalkan tonggak utama ketika seri 1-1 menentang  Kyrgyzstan di arena lawan Khamis lalu.

Cuma menjadi persoalan apa pula kejutan Pan Gon malam ini dalam memerangkap Taiwan untuk misi menang besar.

Safawi Rasid. – FOTO: FAM

Dalam pada itu suasana dilaporkan agak suram di Stadium Nasional Bukit Jalil sehingga lewat petang tadi.

Setakat jam lima petang tadi hanya 12 ribu lebih tiket terjual dan cuaca hujan dan hari berkerja antara faktor kelesuan di Bukit Jalil.

Atau mungkin juga harapan yang terlalu tipis untuk Harimau Malaya melangkah ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia turut menjejaskan ‘mood’ penyokong.

Apapun andai Oman dan Kyrgyzstan ‘bermain’ seri malam ini, peluang Harimau Malaya meneruskan kemaraan automatik tertutup biarkan berjaya meratah Taiwan malam ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini