comscore
Tumpuan :
Sukan

BAC 2024: Giliran Aaron-Wooi Yik pula ke suku akhir

Aaron-Wooi Yik terpaksa berhempas pulas sebelum mara ke suku akhir BAC hari ini.

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dipaksa bekerja keras sebelum melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC), sebentar tadi.

Pasangan nombor lima dunia itu terpaksa beraksi sehingga set penentuan sebelum menundukkan beregu ranking ke-25 dari Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura 21-18, 14-21, 21-14 pada aksi pusingan kedua di Ningbo, China.

Kemenangan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik mengekalkan rekod tanpa kalah mereka ke atas lawan berkenaan selepas turut menang ketika pertemuan pertama mereka di pusingan kedua Terbuka India, Januari lalu.

Aaron-Wooi Yik yang tampil sebagai pilihan keempat akan berdepan pasangan China yang juga pilihan ketujuh, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi bagi perebutan tempat ke separuh akhir, esok.

Sementara itu, nasib tidak menyebelahi satu lagi beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun apabila ditunjukkan jalan keluar di pusingan kedua.

Pasangan negara itu terpaksa akur apabila tewas di tangan beregu Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po Hsuan 18-21, 17-21.

Loading...
Terkini