comscore
Tumpuan :
Sukan

BADMINTON: Aaron, Wooi Yik tewas aksi pertama di Bangkok

Soon Huat dan Shevon FOTO: BADMINTON PHOTO

Oleh Al Shaiful Nazib Talib

BANGKOK – Segalanya serba tidak menjadi buat tiga lagi pasangan negara yang beraksi pada sesi petang dalam saingan BWF Jelajah Dunia Akhir.

Gandingan harapan yang juga juara dunia 2022, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik turut kecundang pada perlawanan pertama selepas tewas kepada pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan.

Perlawanan yang memakan masa selama 32 minit itu menyaksikan Aaron dan Wooi Yik terpaksa akur dengan kekalahan ‘straigh set’ 12-21 dan 15-21.

Pertemuan menentang wakil China, Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi esok bakal menjadi perlawanan mesti menang buat Aaron dan Wooi Yik sekiranya mahu meneruskan cabaran.

Aaron dan Wooi Yik FOTO: BADMINTON PHOTO

Selain Aaron dan Wooi Yik, turut kecundang pada aksi pertama, satu lagi gandingan lelaki, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi.

Walaupun diletakkan sebagai pilihan ketiga, berdepan pasangan Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi, mereka terpaksa akur, tewas juga dengan kekalahan ‘straight set’ 19-21 dan 16-21.

Yew Sin dan Ee Yi. FOTO: BADMINTON PHOTO

Mereka akan turun menentang Choi Sol Gyu dan Kim Won Ho dari Korea pada perlawanan kedua esok.

Cabaran Goh Soon Huat dan Shevon Lai dalam acara beregu campuran juga berakhir dengan kekecewaan.

Mereka tewas kepada pasangan Indonesia, Rinov Rivaldy dan Pitha Hanningtyas Mentari juga dengan kekalahan dua set, 12-21 dan 15-21.

Loading...
Terkini