comscore
Tumpuan :
Sukan

BADMINTON: Angus Ng padam cabaran Zii Jia

Zii Jia gagal mempertahankan gelaran perseorangan lelaki Kejuaraan Asia selepas tewas kepada Angus Ng di pusingan pertama. Foto FB BAM

DUBAI: Juara 2022, Lee Zii Jia tersingkir awal di Kejuaraan Asia 2023 apabila tunduk di tangan Angus Ng di pusingan pertama dalam tempoh 39 minit.

Ia bukanlah persembahan yang diiginkan oleh pemain nombor empat dunia itu selepas terpaksa akur gagal mempertahankan gelaran perseorangan lelaki yang dimenanginya di Filipina tahun lalu.

Zii Jia pada mulanya nampak mampu memenangi permainan ketika berdepan Angus Ng tetapi sedikit demi sedikit diatasi lawan menyebabkan tewas 19-21 di set pertama.

Pilihan ketiga kejohanan itu cuba bangkit di set kedua, tetapi terus tidak menjadi dan tewas 16-21.

Daripada enam pertandingan siri Jelajah BWF tahun ini yang disertainya, Zii Jia hanya mampu mencatatkan keputusan terbaik dengan melangkah ke separuh akhir di All England dan Terbuka Switzerland.

Loading...
Terkini