comscore
Tumpuan :
Sukan

BADMINTON: BWF umum Malaysia tuan rumah Jelajah Dunia Super 100 pada 2023 dan 2024

FOTO: Siri Super 100 turut memberikan mata ranking kelayakan Jelajah Dunia Akhir BWF dan Sukan Olimpik Paris.

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

KUALA LUMPUR: Malaysia, Taiwan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) diumum sebagai tiga negara baharu yang akan melangsungkan sirkit Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Super 100 pada 2023 dan 2024.

Menerusi kenyataan yang disiarkan hari ini, dua saingan tersebut dipanggil ‘Malaysia Super 100’ dijadual diadakan pada 31 Oktober hingga 5 November tahun depan serta 15 hingga 20 Oktober 2024.

“Ahli tuan rumah boleh menganjurkan sehingga 6 pertandingan setiap tahun termasuk maksimum dua saingan Super 100,” menurut paparan laman BWF.

Masing-masing Indonesia dan India pula akan melangsungkan dua siri pertandingan Super 100 diikuti China dan Vietnam yang melengkapkan sembilan saingan tersebut keseluruhan.

Badan induk dunia itu turut menjelaskan mata ranking dari Super 100 akan diambil kira bagi kelayakan Jelajah Dunia Akhir BWF pada penghujung musim selain ke Sukan Olimpik Paris.

Pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah menjadikan negara ini mempunyai tiga pertandingan bertaraf Jelajah Dunia BWF selepas Terbuka Malaysia dan Masters Malaysia.

Loading...
Terkini