Tumpuan :
Sukan

BADMINTON: Cubaan gelaran Jelajah Dunia BWF sulung Hang Yee/ Eng Cheong lebur

KUALA LUMPUR: Satu lagi wakil negara yang beraksi diperlawanan akhir Masters KL hari ini gagal menghadiahkan gelaran kedua.

Beregu lelaki profesional Low Hang Yee / Ng Eng Cheong turun sebagai pemain pilihan ketiga kejohanan, tetapi kecundang kepada lawan bukan pilihan dari Taiwan dalam tempoh 40 minit.

Kedua-duanya cuba membuat kebangkitan di penghujung set pertama apabila berjaya mengikat kedudukan 21-21, namun Chen Cheng Kuan/ Chen Sheng Fa menambah dua lagi mata untuk meraih kelebihan awal.

Hang Yee/ Eng Cheong yang beraksi di perlawanan akhir Jelajah BWF sulung mereka seakan tidak berada di prestasi terbaik menyebabkan ditinggalkan sejak awal set seterusnya.

Gandingan Taiwan itu memuktamadkan perjuangan mereka dengan 21-17 untuk mengesahkan tempat di podium juara selepas beraksi selama 40 minit.

Hang Yee/ Eng Cheong pula terpaksa akur dengan kedudukan naib juara yang kedua 2023, selepas gred Siri BWF Terbuka Austria Mei lalu.

Mereka sudah mengumpul empat gelaran berstatus Siri Antarabangsa BWF tahun ini iaitu juara Slovenia, Maldives, China dan Mongolia.

Loading...
Terkini