comscore
Tumpuan :
Sukan

Badminton Remaja Dunia: Skuad negara bermula baik, raih dua kemenangan mudah

Foto: BAM

KUALA LUMPUR: Skuad badminton remaja negara bermula dengan langkah kanan apabila meraih dua kemenangan mudah dalam aksi Kumpulan C di Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Nanchang, China.

Pada perlawanan berlangsung di Pusat Sukan Antarabangsa Nanchang itu, Malaysia bermula cemerlang apabila mudah menjinakkan Mongolia dengan skor 110-48.

Skuad bimbingan Jeffer Rosobin itu kemudiannya meneruskan rentak kemenangan membenam Norway, 110-51.

Skuad negara seterusnya akan berdepan Estonia, esok sebelum turun berdepan Belanda pada Rabu.

Dua kemenangan itu mencerahkan peluang skuad negara untuk mara ke suku akhir apabila Malaysia perlu muncul juara Kumpulan C.

Kejohanan Remaja Dunia kali ini buat kali pertama memperkenalkan format baharu iaitu 10 perlawanan akan dimainkan membabitkan dua perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.

Setiap perlawanan akan dimainkan hingga 11 mata dan pasukan pertama yang mencapai 110 mata disahkan sebagai pemenang.

Kali terakhir pasukan remaja negara bergelar juara dunia adalah pada 2011 di Taiwan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini