comscore
Tumpuan :
Sukan

BADMINTON: Tze Yong singkir pemenang gangsa Kejuaraan Dunia, Kian Meng/Pei Jing ikut mara

Foto: BAM/ Facebook

CHANGZHOU: Pemain perseorangan lelaki kebangsaan, Ng Tze Yong memulakan kempen Terbuka China dengan mantap apabila mara ke pusingan kedua.

Sandaran negara berusia 23 tahun itu yang berdepan pemenang pingat gangsa Kejuaraan Dunia 2023, H. S. Prannoy bagaimanapun mengerah keringat selama 66 minit sebelum melepasi halangan peringkat awal.

Tze Yong mencatat keputusan meyakinkan 21-12 di set pertama, namun membenarkan lawan dari India itu bangkit menerusi kemenangan 21-13 di permainan berikutnya.

Foto: BAM/ Facebook

Pertarungan penentuan berlangsung mendebarkan dengan kedua-duanya saling mengekori rapat mata hinggalah pemain negara itu mencapai mata kejayaan 21-18 yang meneruskan kemaraannya.

Dua beregu campuran bertembung sesama sendiri di pusingan pertama hari ini apabila Goh Soon Huat/Shevon Lai dan Tan Kiang Meng/Lai Pei Jing.

Kemenangan memihak Kian Meng/Pei Jing di Olympic Sports Center 25-23, 21-15 sekali gus ke peringkat kedua Khamis ini.

Loading...
Terkini