comscore
Tumpuan :
Sukan

BAM pertahan keputusan beri pampasan kepada Zii Jia

Michelle Chai dan Lee Zii Jia (kanan). – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Lee Zii Jia sememangnya berhak untuk mengemukakan permintaan itu (bayaran pampasan) atas dasar komersial sekiranya diperlukan menyarung jersi kebangsaan pada saingan Piala Thomas di Chengdu, China dari 28 April hingga 5 Mei ini.

Pengarah Pentadbiran Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Michelle Chai, berkata sebagai pemain profesional yang tidak bernaung dengan badan induk itu, dia sememangnya berhak untuk mengemukakan permintaan itu atas dasar komersial.

Katanya, situasi itu wujud disebabkan BAM memerlukan khidmat Zii Jia dalam usaha membentuk pasukan terkuat bagi mencabar kejuaraan di Piala Thomas.

“Perjanjian ini hanyalah untuk Piala Thomas, untuk kejohanan akan datang, ia bergantung kepada situasi. Jika BAM tidak memerlukan khidmat pemain luar (daripada badan induk itu), sudah tentu perkara ini tidak akan timbul lagi.

“Semuanya mengenai ‘supply and demand’.” Semua orang perlu faham, sukan sekarang sudah menjadi industri, kita ada atlet dan pegawai sukan yang sepenuh masa. Kalau tidak boleh cari makan, siapa yang mahu.

“Jadi, kita perlu berlaku adil kepada Zii Jia kerana dia tidak mendapat ‘benefit’ seperti pemain di bawah naungan BAM menerusi penaja kami,” katanya kepada BH Sukan.

Jelasnya, semua pihak perlu melihat ke hadapan mengikut peredaran masa dan tidak boleh terlalu bernostalgia.

“Ia bukan saja membabitkan bayaran tetapi termasuklah cara atau sistem latihan kita kepada pemain atau atlet. Adakah ia sesuai dengan peredaran masa atau kita perlu buat perubahan.

“Dunia hari ini berbeza, tidak sama seperti semalam,” katanya.

Michelle sebelum ini mengesahkan Zii Jia yang menghuni ranking ke-11 dunia akan menerima bayaran pampasan bagi menyarung jersi negara dalam setiap perlawanan disertainya sepanjang kempen Piala Thomas di Chengdu.

Team LZJ dalam satu kenyataan pula menjelaskan bayaran pampasan yang diberikan itu adalah berkait dengan hak imejnya selaku pemain profesional.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini