comscore
Tumpuan :
Sukan

BASIKAL: Datuk Azizul sangkut di suku akhir acara pecut 

Datuk Azizulhasni ketika beraksi di Piala Negara-Negara UCI di Velodrom Antarabangsa Jakarta. Foto – Facebook UCI

JAKARTA: Sehari selepas menaiki podium acara keirin Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), Datuk Mohd Azizulhasni Awang turun bertarung di acara pecut pula.

Namun penampilannya di Velodrom Antarabangsa Jakarta itu hari ini hanya sampai ke fasa suku akhir sahaja.

Laluan Datuk Azizul disekat Mikhail Yakovlev dengan keputusan 2-1 setelah diheret ke perlumbaan penentuan.

Lawan tinggi lampai itu menjadi ancaman terbaharu Datuk Azizul yang menang saingan pertama, sebelum bangkit di aksi kedua seterusnya bergelar pemenang hasil kelebihan 0.507 saat di pusingan ketiga.

Beliau menjadi wakil tunggal di acara pecut hari ini selepas rakan sepasukan Muhammad Shah Firdaus Sahrom tidak dapat beraksi di peringkat kelayakan.

Pemenang pingat perak keirin semalam itu mara dengan menewaskan Terasaki Kohei dari Jepun di pusingan pertama, disusuli kemenangan ke atas pelumba Poland Mataeusz Rudyk selepas itu.

Loading...
Terkini