comscore
Tumpuan :
Sukan

Basikal trek: Skuad trek pecut berpasukan wanita diletak sebagai pasukan simpanan pertama ke Olimpik Paris

Seramai 40 orang wakil telah hadir terdiri daripada Institut Sukan Negara dan Persatuan Sukan Kebangsaan pada Bengkel Fast Track Los Angeles 2028 yang berlangsung dari 1 hingga 3 Mei di Putrajaya

PUTRAJAYA: Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik berpeluang menambah bilangan anggotanya apabila skuad basikal trek berada di senarai teratas selaku pengganti.

Perkembangan terbaharu itu disahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sukan Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin yang menyatakan peluang negara menambah wakil di temasya terbesar di dunia itu.

“Kita juga telah mendengar pandangan John Beasley yang memaklumkan bahawa pasukan basikal wanita duduki ranking kesembilan Olimpik dan 11 dunia.

Mereka merupakan pasukan simpanan pertama untuk ke Olimpik Paris, sekiranya ada mana pasukan negara lain tidak bertanding acara berpasukan wanita, kemungkinan besar pasukan kita akan dipanggil.” kata Jefri selepas program penutup Bengkel Fast Track Los Angeles 2028 hari ini.

Ketika ini hanya Nurul Izzah Izzati Mohd. Asri yang menjadi pelumba wanita tunggal basikal trek layak ke Paris 2024, namun rakan sepasukannya Anis Amira Rosidi dan Nurul Aliana Syafika Azizan juga mengintai tempat serupa.

Mereka merupakan pemenang pingat perak acara sama di Kejuaraan Asia di New Delhi tahun ini dan membawa pulang gangsa dari Sukan Asia Hangzhou.

Ketiga-tiga pelumba tersebut juga sudah dicadangkan skuad basikal trek untuk berada di program Fast Track Los Angeles 2028, yang berpotensi mendaki podium pingat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini