MUNICH: Kelab gergasi Bundesliga, Bayern Munich didenda 150,000 euro (kira-kira RM706,000) oleh Persekutuan Bolasepak Jerman (DFB) semalam selepas penyokong mereka mengganggu aski kemenangan Piala Jerman di Ulm pada Ogos lalu.
Bayern menerima hukuman badan induk bola sepak negara itu. Mereka menang aksi pada 16 Ogos itu 4-0.
“Pada minit ke-46 perlawanan Piala DFB di SSV Ulm… penyokong Munich menyalakan sekurang-kurangnya 70 suar dan empat bateri bunga api, yang sekali gus melancarkan unsur pengesan dan roket,” menurut DFB dalam satu kenyataan.
“Sesetengahnya diarahkan ke tengah padang, menyebabkan perlawanan terganggu kira-kira tiga minit disebabkan asap yang tebal.
“Daripada jumlah ini, kelab perlu memperuntukkan hingga 50,000 euro (kira-kira RM235,000) bagi langkah keselamatan atau pencegahan keganasan, yang mesti disahkan kepada DFB sebelum 30 Jun 2025.”
Pendahulu liga Bayern akan berdepan juara bertahan Bayer Leverkusen pada pusingan 16 terakhir Piala Jerman 3 Disember ini. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.