comscore
Tumpuan :
Sukan

Beregu Filipina malukan pasangan negara

FOTO: BAM

IPOH: Kejohanan Badminton  Cabaran Antarabangsa Malaysia 2024 yang berakhir di Arena Badminton Perak hari ini menyaksikan kejutan yang dicipta gandingan Filipina  Solomon Jr Padiz-Julius Villabrille apabila muncul juara beregu lelaki.

Jr Pardiz-Villabrille yang menghuni ranking ke-223 dunia menewaskan beregu negara Lim Tze Jian-WongTien Chi dalam pertarungan tiga set.

Tze Jian-Tien Chi yang bermula baik dengan kemenangan 21-13 pada set pertama dalam masa 12 minit bagaimanapun gagal mengekalkan penguasaan.

Sebaliknya Jr Pardiz-Villabrille bangkit menyamakan kedudukan dalam pertarungan sengit set kedua dengan kemenangan 23-21.

Keyakinan mereka semakin menebal pada set penentuan menyaksikan beregu negara yang berada di ranking ke-129 dunia mula hilang rentak.

Beregu Filipina memastikan kejuaraan menamatkan cabaran Tze Jian-Tien Chi 21-16 pada set penentuan.

Kejayaan ini membolehkan Jr Pardiz-Villabrille membawa pulang hadiah wang tunai AS$2,000 (RM8,410) manakala Tze Jian-Tien Chi meraih AS$1,2000 (5,046).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini