
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki nombor satu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menundukkan rakan senegara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King untuk mara ke suku akhir Terbuka India 2025 di New Delhi, awal pagi tadi.
Sze Fei-Nur Izzuddin, yang juga beregu nombor dua dunia mengetepikan beregu bukan pilihan Wan Arif-Roy King 25-23, 21-19 dalam masa 44 minit pada kejohanan bertaraf Super 750 di Kompleks Sukan Indira Gandhi.
Pada suku akhir hari ini, Sze Fei-Nur Izzuddin akan beraksi menentang pasangan kembar dari Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen.
Sementara, juara dunia beregu lelaki 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula akan menentang beregu Thailand, D. Puavaranukroh dan K. Kedren.
Turut layak ke suku akhir, dua beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie serta beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.