comscore
Tumpuan :
Sukan

Berkayuh dari Paris ke Doha demi Perancis

FOTO: REUTERS

JORDAN: Dua penyokong tegar bola sepak Perancis sanggup berkayuh dari Paris ke Doha untuk menyokong juara bertahan di pada kempen Piala Dunia di Qatar, bermula bulan depan.

Pembuat filem dokumentari, Mehdi Balamissa dan penerbit televisyen, Gabriel Martin bertolak dari Stade de France pada 20 Ogos dan sudah berkayuh sejauh 5,000 kilometer (km) dengan basikal mereka.

Mereka mendapat idea selepas berkayuh ke Itali untuk perlawanan Liga Negara-Negara Uefa tahun lalu dan berharap perjalanan jauh kali ini akan lengkap sebelum perlawanan pembukaan Perancis menentang Australia pada 22 November.

“Menerusi perjalanan ini, kami mampu mempromosi mobiliti mampan, cara lain untuk mengembara dan menunjukkan kepada orang ramai bahawa kaki boleh membawa pengembaraan di sekitar tempat anda atau lebih jauh lagi,” katanya.

Mereka berkayuh sejauh 120km sehari dan tiba di Jordan, minggu ini, sebelum merentasi Arab Saudi sebelum sampai ke Doha.

Martin berkata, merentasi bentuk bumi berbeza sepanjang perjalanan tiga bulan itu adalah cabaran menggerunkan.

Selain Australia, Perancis yang diundi dalam Kumpulan D akan berdepan Denmark dan Tunisia. -REUTERS

Loading...
Terkini