comscore
Tumpuan :
Sukan

Binotto tenang di sebalik persoalan masa depannya

Mattia Binotto. FOTO Reuters

ABU DHABI: Ketua pasukan Ferrari, Mattia Binotto berkata dia kekal tenang berhubung masa depannya walaupun terdapat laporan di media Itali bahawa dia akan digantikan.

Binotto memberitahu pemberita pada Grand Prix Abu Dhabi bahawa spekulasi itu tidak berasas, tetapi mengakui dia tidak dapat menentukan masa depannya sendiri.

“Selepas timbul spekulasi itu saya berbual dengan pengerusi saya, John Elkann.

“Kami berbincang secara terbuka mengenai langkah terbaik untuk bergerak ke hadapan. Kami memutuskan untuk mengeluarkan kenyataan yang mungkin cara terbaik untuk menutup sebarang spekulasi.

“Jelas terdapat spekulasi, tetapi ia tidak berasas sama sekali.

“Segala-galanya adalah mengenai Ferrari. Bukan saya yang membuat keputusan, sendiri tetapi saya agak tenang.

“Sebab mengapa saya santai ialah saya sentiasa mengadakan perbincangan secara terbuka, terus terang dan membina hubungan yang baik,” kata Binotto. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini