comscore
Tumpuan :
Sukan

Bintang PSG, Neymar hanya akan meninggalkan Paris untuk ke Old Trafford

FOTO: Reuters

PARIS: Neymar dilaporkan berminat menyertai Manchester United pada musim panas ini dan tidak akan meninggalkan Paris Saint-Germain untuk kelab lain.

Karier pemain 31 tahun itu di Paris semakin menuju ke penghujung dengan kelab mahu merombak semula skuad selepas kegagalan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah sejak bertahun-tahun lalu.

Neymar juga tidak mempunyai hubungan baik dengan pengurusan kelab sepanjang tempoh itu, yang turut dibayangi siri kecederaan dan usianya yang semakin meningkat.

Bintang Brazil itu mempunyai baki empat tahun dalam kontraknya sekarang, dan media Inggeris melaporkan dia hanya berminat berpindah ke Old Trafford.

United kendalian Erik ten Hag sedang mencari seorang lagi penyerang bagi menambah ketajaman jentera serangan yang kini diterajui Marcus Rashford.

Dengan 118 gol diledak dalam 173 perlawanan untuk PSG, Neymar adalah pilihan tepat buat United.

Bagaimanapun pemain yang kekal sebagai pemain termahal dalam sejarah bola sepak itu akan menguji kemampuan kewangan United.

Gaji Neymar seminggu mencecah 1 juta pound (RM5.72 juta) dan sudah pasti dia tidak akan menerima lebih rendah daripada itu sekiranya mahu menyertai United.

Loading...
Terkini