comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Argentina pilih Indonesia, Messi bakal uji Skuad Garuda

Foto: Selección Argentina / Twitter

KUALA LUMPUR: Juara dunia, Argentina memilih Indonesia antara destinasi jelajah Asia yang dirancang Persekutuan Bolasepak Argentina (AFA) pertengahan tahun ini.

Perkara itu disahkan AFA menerusi pengumuman yang dibuat dalam lawan sosial ‘twitter’ badan induk bola sepak Argentina itu hari ini.

Ini sekali gus menyaksikan pemain Indonesia berdepan bintang handalan dunia yang menjulang Piala Dunia 2022 seperti Lionel Messi, Julian Alvarez, Emiliano Martinez dan ramai lagi.

Argentina memenangi Piala Dunia 2022 selepas menewaskan Perancis 4-2 menerusi sepakan penalti penentuan apabila terikat 3-3 dalam aksi 120 minit pada final di Stadium Lusail, Disember lalu. – Foto: Reuters

Memetik laporan portal Indonesia, kompas.com, AFA turut memaklumkan aksi berdepan Indonesia akan berlangsung di Jakarta pada 19 Jun selepas mereka berdepan Australia di Beijing pada 15 Jun.

“Pasukan bimbingan Lionel Scalooni akan beraksi di China dan Indonesia pada Jun ini.

“Venue perlawanan akan disahkan dalam masa terdekat,” kata AFA.

Loading...
Terkini