comscore
Tumpuan :
Sukan

Bola Sepak: Atasi Taiwan 3-1, peluang Harimau Malaya di Muscat

BUKIT JALIL: Pasukan kebangsaan menanti detik seterusnya penuh debar dengan menunggu keputusan perlawanan Oman dan Kyrgyzstan selepas kemenangan 3-1 ke atas Taiwan jelas tidak memadai.

Malaysia kini menghuni tangga ketiga kumpulan D, mengumpul 10 mata bersama-sama dengan Kyrgyzstan dengan lawan memiliki enam kelebihan jaringan.

Harapan kini sekiranya Oman mampu mencatat kemenangan dengan gol besar di Muscat yang membolehkan barisan Kim Pan Gon memintas dan mengambil alih posisi kedua.

Pemain negara seharusnya menyalahkan diri sendiri untuk mengubah nasib lebih awal apabila melepaskan berdozen peluang menghasilkan jaringan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Yu Yao-Hsing minit ke-20 meletakkan anak buah Gary White dihadapan sebelum terpaksa akur dengan kebangkitan Malaysia di babak kedua.

Mohd Safawi Rasid menyamakan keadaan minit ke-53, Paulo Josue kemudian menyemarakkan perjuangan tuan rumah dengan gol kedua minit ke-69.

Pemain gantian Mohd Adib Raop tampil mencetak gol ketiga dan terakhir di masa kecederaan yang menceriakan lebih 14 ribu penyokong negara.

Sepak mula pertemuan Oman dan Kyrgyzstan dijadual jam 12 malam ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini