comscore
Tumpuan :
Sukan

Bola sepak: Berjaya pikat kelab Wolfsburg, Qaseh Rania tunggu permit beraksi di Eropah

Qaseh Rania bakal ditemani bapanya ke Jerman seawal Julai 2025 sekiranya urusan dokumentasi mendapat lampu hijau.

Oleh: Saiyed Ismail

PUCHONG: Impian bergelar pemain bola sepak wanita profesional semakin cerah buat Qaseh Rania Khairul Najib apabila pulang membawa berita baik dari Jerman.

Pemain berusia 14 tahun itu kini berdebar menantikan keputusan proses dokumentasi dan permit untuk mengembangkan karier di Eropah selepas ditawarkan tempat oleh jaguh Bundesliga wanita, Wolfsburg sebaik menamatkan sesi percubaan minggu lalu.

Diiringi bapanya Khairul Najib Ibrahim yang mengikuti pelbagai program merangkumi latihan dan perlawanan persahabatan sepanjang 5 minggu berada di sana, yang tinggal kini ialah soal kelulusan permit bermain yang sedikit mencabar.

“Mereka (Kelab Wolfsburg) telah adakan perbincangan dengan saya, mereka mahu Qaseh Rania terus berada berada disana lanjutkan karier bola sepak.

Sekarang tengah uruskan persiapan visa serta permit untuk beraksi dalam perlawanan diperakui Fifa dan Uefa yang agak rumit mengenai khidmat pemain dibawah usia 16 tahun.” kata Khairul Najib di kediaman mereka di Puchong hari ini selepas pulang dari sana minggu lalu.

Pelbagai pencapaian di peringkat tempatan sudah dikumpul, hinggalah terbaru berjaya dipanggil ke kem kebangsaan bawah 17 tahun dijadual hujung bulan ini.

Justeru destinasi tepat dan terbaik untuk membina karier pemain bola sepak wanita ialah di Wolfsburg yang memiliki reputasi hebat muncul juara Eropah dua kali selain 18 gelaran domestik Frauen Bundesliga (wanita).

“Saya dapat rasakan kelainan apabila berada disana ialah intensiti dan teknikal mereka yang sangat berbeza begitu juga keadaan fizikal serta lebih kuat ditambah dengan daya fikir semasa membuat tindakan.. sangat-sangat tinggi berbanding disini.” katanya yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1.

Pemain yang memiliki ketinggian 1.72 meter dan berat 60 kilogram itu membuat impak besar dengan mula beraksi di Liga Super Wanita Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada usia 13 tahun pada 2023.

Bakat dan potensi besar anak kedua daripada empat beradik itu antara kelebihan utama yang boleh diasah agar menjadi aset negara dimasa hadapan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini