comscore
Tumpuan :
Sukan

City tenang rai kejayaan juarai liga

Manchester City julang trofi Liga Perdana Inggeris kali ketiga berturut-turut. FOTO: REUTERS

MANCHESTER : Pengendali Manchester City, Pep Guardiola membuat rombakan besar pasukannya pada pertemuan menentang Chelsea selepas kejayaan mempertahankan gelaran juara Liga Perdana Inggeris hadir lebih awal gara-gara kekalahan 0-1 pencabar utama, Arsenal kepada Nottingham Forest.

Walaupun tidak menurunkan barisan utama, City yang diketuai Julian Alvarez di barisan paling hadapan tetap beraksi dengan cukup baik ketika melayan kunjungan Chelsea di Stadium Etihad.

Gol Alvarez seawal minit ke 12 sudah mencukupi buat City untuk mengutip tambahan tiga mata dengan pihak lawan, Chelsea terus dirundum malang jatuh ke tangga ke 12 liga.

Sementara City terus garang menumpul 88 mata keseluruhan dengan masih berbaki dua perlawanan menentang Brighton dan Brentford selepas ini.

“Terlalu banyak permintaan saya kepada pemain musim ini, misinkita untuk menjulang trofi liga sudah tercapai, jadi bila memikirkan perlawanan seterusnya berdepan Brighton, memang agak memenatkan, kami tahun betapa sukarnya pasukan itu.

“Pemain sudah tentu harus meraikan kejayaan ini, memang tidak dapat dinafikan lagi, kami perlu merehatkan mental dan fizikal kami sebelum pertemuan menentang Manchester United dan Inter Milan.

“Ada dua perlawanan lagi sebelum itu, saya mahu pemain menikmati baki dua perlawanan liga itu tetapi perlu berhati-hati agar ia tidak merosakkan apa yang telah dibina.

“Masih perlu bermain dua perlawanan sukar menentang Brighton dan Brentford, harap ia dapat berlalu dengan cepat dan kita ada tempoh tujuh hari untuk membuat persediaan menentang Manchester United dan Inter Milan,” kata Guardiola.

Erling Haaland memainkan watak penting selaku penggempur utama City. FOTO: REUTERS

City kini dalam misi untuk melengkapkan kejuaraan ‘treble’ selepas berjaya mendapatkan trofi Liga Perdana Inggeris.

Misi besar seterusnya, berdepan Manchester United untuk perlawanan akhir Piala FA pada 3 Jun sebelum bertemu Inter Milan di pentas final Liga Juara-Juara Eropah pada 11 Jun nanti.

Loading...
Terkini