comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Cools mahu rakan sepasukan tenang hadapi Turkmenistan

Dion Cools. – FOTO: FAM / Facebook

Oleh Al Shaiful Nazib Talib

JOHOR BAHRU: Aksi menentang Turkmenistan malam esok dilibat cukup penting bagi skuad Harimau Malaya secara keseluruhan.

Memang misi utama jurulatih, Kim Pan Gon mahukan lawan yang menduduki ranking lebih baik menjadi seteru skuad Malaysia untuk menguji kemampuan sebenar pasukan kendaliannya.

Dan bagi kapten pasukan, Dion Cools, dia mengharapkan kesemua rakan pemainnya tidak gopoh dan tetap tenang berdepan dengan pihak lawan.

“Saya rasa mereka (Turkmenistan) pasti sudah melakukan analisis terhadap pasukan Malaysia, dan mereka akan menjangkankan kita akan bermula dengan cukup agresif daripada awal permainan.

“Saya masih ingat salah satu gol yang dicipta Turkmenistan dalam perlawanan terdahulu dan ia adalah berpunca dari kesilapan kita melakukan pertahanan.

“Jadi kami di bahagian pertahanan, kami harus bekerja keras untuk tidak melakukan kesilapan mudah dan kekal mempertahankan kubu pasukan sebaik mungkin,” kata Cools pada sidang media perlawanan.

Tambah Cools, dia menyifatkan kemenangan ke atas Turkemnistan malam esok amat penting untuk mencapai objektif pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier-1 itu.

Dalam pada itu, skuad Turkmenistan tidak dapat menyertai sesi sidang media perlawanan dan turut belum dapat menjalankan sesi latihan rasmi di Stadium Sultan Ibrahim memandangkan mereka baharu saja tiba di Johor petang tadi.

Perlawanan persahabatan antarabangsa Tier-1 antara Malaysia dan Turkmenistan akan berlangsung tepat jam 10 malam esok.

Loading...
Terkini