BUKIT JALIL: Permulaan baik ditunjukkan pasukan kebangsaan dalam tugasan sulung Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 apabila mendahului Kyrgyzstan 1-0 di awal permainan.
Pemain pertahanan Dion Cools menanduk masuk sepakan penjuru diambil Arif Aiman Mohd Hanapi minit ke enam untuk pasukan kebangsaan memimpin perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.