comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Gol Embolo kecewakan Cameroon

Oleh Saiyed Ismail Saiyed Hussin 

AL WAKRAH: Switzerland mengutip 3 mata penuh dalam aksi pertama kumpulan G Piala Dunia 2022 selepas menewaskan Cameroon.

Penyudah Breel Embolo 3 minit selepas separuh masa kedua bersambung membolehkan skuad bimbingan Murat Yakin membuat langkah kanan dalam penampilan ke-12 mereka di kempen Piala Dunia.

Cameroon memberikan tentangan sengit dalam aksi di Stadium Al Janoub apabila berjaya mengimbangi permainan yang ditampikan Switzerland.

Anak buah Rigobert Song mencipta beberapa peluang melakukan jaringan namun dihampakan ketangkasan penjaga gol Yann Sommer yang bertindak cemerlang menafikan cubaan lawan.

Barisan Rossocrociati atau Palang Merah yang merujuk kepada bendera negara itu juga boleh menggandakan kelebihan pada baki 45 minit berikutnya tetapi benteng Cameroon bertindak baik untuk terus menyalakan impian melakukan kebangkitan.

Kemenangan penting itu memberikan suntikan penting kepada Switzerland yang akan berhadapan Brazil dalam aksi kedua kumpulan G Isnin nanti. – Agensi

Loading...
Terkini