comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Gol tunggal Zahir Syakil kecewakan Kelantan United

Zahir Syakil menjaringkan gol tunggal kemenangan 1-0 Skuad Projek FAM-MSN ke atas Kelantan United. – FOTO: MFL / Facebook

KUALA LUMPUR: Skuad Projek FAM-MSN lega melakar kemenangan pertama dalam saingan Piala MFL apabila merakam kemenangan tipis 1-0 ke atas Kelantan United.

Zahir Syakil Zamani menjadi wira pasukan barisan bawah 23 tahun itu apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-24.

Kelantan United yang bermain dalam aksi sulung musim ini berusaha gigih mencari gol selepas itu di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur namun anak buah Mustaffa Kamal Abdul Wahab terus kecewa hingga tamat 90 minit permainan.

Skuad Projek FAM-MSN bimbingan Noor Zaidi Rohmat sebelum ini tewas 1-2 di tangan PDRM namun menebus semula tiga mata penuh.

Mereka menghuni tempat keempat carta kumpulan A, manakala Kelantan United di tangga keenam.

Loading...
Terkini