comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Harimau Malaya rancang rombak kesebelasan utama, elak pemain selesa

FOTO: Facebook Football Association of Malaysia

GONG BADAK: Jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon memberikan mesej jelas kepada anak buahnya yang berada dalam kem pusat ketika ini bahawa tiada pemain yang dijamin kesebelasan utama.

Pendekatan itu membuatkan Harimau Malaya mungkin akan menurunkan kombinasi baharu untuk menentang Papua New Guinea dalam perlawanan persahabatan kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak esok.

“Kami merancang untuk membuat perubahan dalam senarai kesebelasan, untuk melihat sejauh mana mereka berada di tahap kompetetif. Esok mungkin menjadi ekseprimen yang baik kepada kami, dan persaingan sesama pemain,” jawab Pan Gon dalam sidang media pra perlawanan hari ini.

FOTO: Facebook Football Association of Malaysia

Beliau mahu anak buahnya terus bersaing sesama mereka dan tidak berasa selesa dengan kedudukan yang dilalui ketika ini.

Menurutnya, sesiapa sahaja layak membarisi kesebelasan, malah membayangkan muka-muka berbeza di atas padang esok.

Pengendali berusia 54 tahun itu turut bersetuju bahawa Malaysia mempunyai banyak kelebihan berbanding pasukan lawan, baik dari segi kedudukan ranking dan juga individu.

Justeru, momentum mantap seperti penguasaan permainan dan banyak mencipta peluang gol semasa menewaskan Kepulauan Solomon 14 Jun lalu wajib diteruskan kali ini dengan tiada lagi kesilapan-kesilapan sambil lewa dilakukan.

“Kami telah membuat video analisis mengenai Papua New Guinea dalam perlawanan-perlawanan sebelumnya, tetapi bukan itu sahaja yang patut kami tumpukan walaupun permainan bola sepak mereka juga kelihatan baik,” kata La’Vere Corbin-Ong yang turut menyertai sidang media.

Pemain pertahanan kiri itu sememangnya waspada dengan kemampuan lawan, namun menegaskan rakan sepasukannya juga lebih menumpukan kepada percaturan pasukan terlebih dahulu.

Malaysia berkedudukan di ranking ke-138 dunia, manakala lawan dari Oceania itu menghuni posisi ke-159.

Loading...
Terkini