BUKIT JALIL: Berbaki kurang dua jam sahaja lagi sebelum sepak mula perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka, Stadium Nasional terus menantikan sokongan padu penyokongnya.
Suasana di perkarangan stadium nampak tidak begitu seperti biasa dan kurang meriah.
Jika hampir 10 ribu penyokong Harimau Malaya hadir pada perlawanan pertama Rabu lalu, tidak pasti jumlah berikut dapat dicapai sekali lagi malam ini.
Apapun masih terdapat kelibat penyokong dan pengikut setia pasukan kebangsaan yang turun ke Bukit Jalil bersabar menunggu sepak mula perlawanan jam 9 malam ini.
Dengan baki masa yang ada, harapannya ialah ’Pemain ke-12’ ini masih dapat ke stadium memberikan suntikan semangat serta sorakan padu kepada skuad bimbingan Pau Marti Vicente untuk menyekat Lubnan sekaligus menjulang trofi Pesta Bola Merdeka edisi ke-43.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.