comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK : Ibrahimovic mahu terus cipta rekod

IBRAHIMOVIC pada sesi latihan – FOTO: AFP

SOLNA : Bintang veteran Sweden, Zlatan Ibrahimovic memasang impian untuk beraksi buat negaranya pada kempen Euro 2024 walaupun usianya sudah tua.

Dia kini berada dalam kem latihan skuad kebangsaan Sweden yang akan turun beraksi menentang Belgium untuk perlawanan pusingan kelayakan Euro 2024 Sabtu nanti.

“Saya tidak mahu fikir jauh ke hadapan, memandangkan apa yang saya lalui dengan kecederaan dan sebagainya. Jika saya berasa sihat secara fizikal, saya akan teruskan,” kata penyerang veteran AC Milan itu kepada pemberita, apabila ditanya sama ada dia berhasrat untuk bermain di Euro 2024 di Jerman, sekiranya Sweden layak.

Minggu lalu, Ibrahimovic cetus sensasi tersendiri apabila mencipta sejarah menjadi pemain tertua menjaringkan gol dalam Serie A.

Sekiranya Sweden layak beraksi pada tahun depan, Ibrahimovic juga boleh mengatasi rekod umur untuk kejohanan Eropah milik Gabor Kiraly dari Hungary, yang beraksi pada edisi 2016 ketika berusia 40 tahun.

Selepas Sweden gagal mara ke Piala Dunia 2022, Ibrahimovic pada tahun lalu berkata, dia akan ‘teruskan selagi boleh’ dan berasa ‘panik’ dengan prospek untuk bersara.

Sweden akan menentang Belgium pada awal pagi Sabtu ini serta Azerbaijan pada 27 Mac.

Ketiga-tiga negara itu semuanya berada dalam kelayakan Kumpulan F, bersama-sama Estonia dan Austria, dengan dua pasukan teratas layak ke peringkat kalah mati.

Loading...
Terkini