comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Igauan buruk Harimau Selatan di ACL

FOTO: Facebook Johor Southern Tigers

KAWASAKI: Pertembungan diantara wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menentang pasukan J-League, Kawasaki Frontale, bagi aksi kelima saingan kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) berakhir dengan detik memeritkan buat jaguh tanah air itu.

Skuad bimbingan Esteban Solari pulang dengan kekalahan besar 0-5, sekaligus menyempitkan laluan untuk melepasi peringkat kumpulan berbaki satu perlawanan.

Aksi yang berlangsung di Stadium Todoroki, Kawasaki itu tanpa disangka-sangka memahat sejarah buruk mereka.

Gol pembukaan Kawasaki Frontale terhasil pada awal babak pertama menerusi jaringan Akihiro Ienaga minit kelapan.

FOTO: Facebook Johor Southern Tigers

Sekalipun JDT cuba bangkit selepas itu, tuan rumah nyata lebih berdisiplin menyebabkan terlalu sukar untuk ditembusi apabila menambah empat lagi gol pada babak kedua.

Jaringan Leandro Damiao terhasil minit ke-50.

Manakala 10 minit berselang giliran Marcinho mencatat nama selaku penjaring.

Nasib pelawat kian parah ditembusi buat kali keempat oleh Yu Kobayashi minit ke-69.

Kemenangan besar anak buah Toru Oniki dilengkapkan Miki Yamane dua minit sebelum aksi tamat.

Keputusan itu mengesahkan kemaraan Kawasaki Frontale ke pusingan 16 terbaik, selepas mendahului kumpulan I dengan 15 mata berbaki satu perlawanan.

JDT yang berada di tangga ketiga dengan enam mata, masih perlu menunggu sehingga perlawanan terakhir kumpulan untuk layak.

Kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai kekal di tangga kedua dengan 9 mata, hasil kejayaan 3-1 ke atas BG Pathum United 3-1.

Loading...
Terkini