comscore
Tumpuan :
Sukan

Bola Sepak: JDT hampir malukan juara China di ACL elit

Foto: Johor Southern Tigers


SHANGHAI: Wakil Malaysia di pentas bola sepak tertinggi Asia, Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat permulaan positif dalam kancah Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) apabila mencatat keputusan 2-2 dengan Shanghai Port.

Harimau Selatan dua kali mendahului tuan rumah di Stadium Pudong, menerusi gol memukau Arif Aiman Mohd Hanapi minit (m) ke-45 dan 56.

Namun impian menggunung untuk membuat kejutan terbesar disekat anak buah Kevin Muscat yang bangkit menyumbat dua gol penyamaan menerusi Gustavo Henrique m-49 dan Willian Popp m-73.

Keputusan seri itu membuatkan barisan bimbingan Hector Bidoglio itu terpaksa akur membawa pulang satu mata dari tempat lawan.

JDT dijadual turun dalam aksi kedua sekali lagi berdepan wakil China, Shanghai Shenhua di hadapan penyokong sendiri di Stadium Sultan Ibrahim 1 Oktober ini.

Loading...
Terkini