comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK – KBS, MFL jalin kerjasama, tayang perlawanan Liga Super menerusi skrin besar

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bersama Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan (tiga kanan) ketika sidang media KBS dan MFL : Kerjasama Bagi tayangan Skrin Besar Perlawanan Liga Super 2023. Turut kelihatan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dr K Nagulendran (tiga kiri). NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Oleh Al Shaiful Nazib Talib

PUTRAJAYA – Selepas sambutan cukup menggalakkan pada sesi tayangan skrin besar pada saingan Piala AFF dan juga hoki Piala Dunia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kali ini memilih untuk mengadakan jalinan kerjasama dengan penganjur Liga Malaysia, MFL untuk mengadakan tayangan skrin besar bagi perlawanan Liga Super musim 2023.

Ia merupakan salah satu program yang dilaksanakan KBS bagi menyemarakkan lagi saingan Liga Super selain memberi peluang kepada penyokong pasukan kegemaran masing-masing menonton secara langsung mekonton di skrin besar yang di sediakan.

“Dalam data yang kita kumpul untuk program skrin besar ini, untuk Piala AFF saja, dua tayangan skrin besar, 150,000 rakyat telah keluar untuk menonton tayangan skrin besar.

“Anak-anak kecil semua keluar, bentang tikar, satu keluarga menonton bola sepak, jadi kita nak trend seperti ini diteruskan, bila kita menilai tempat-tempat yang kita nak buat tayangan besar, saya minta penyokong keluar beramai-ramai kerana kalaunpenyokong tidak ramai di lokasi atau negeri tersebut, mungkin kita akan pindah ke tempat atau lokasi yang lebih banyak penonton,” kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada pemberita.

Untuk bulan Mac, empat lokasi dipilih KBS dan MFL untuk sesi tayangan skrin besar ini bermula dengan pertemuan Kedah Darul Aman FC menentang Terengganu FC malam ini di mana Dataran Batu Buruk di Kuala Terengganu menjadi lokasi pertama.

Ia disusuli dengan tayangan skrin besar di Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban, Pulau Pinang bagi perlawanan Kelantan FC menentang Penang FC pada 5 Mac.

Kompleks Belia dan Sukan Paroi di Seremban pula menjadi lokasi ketiga membabitkan tayangan skrin besar bagi perlawanan Kuala Lumpur City FC menentang Negeri Semnilan FC pada 11 Mac.

Dan Dataran Starwalk, Majlis Bandaraya Alor Star menjadi lokasi keempat bagi tayangan skrin besar untuk pertemuan Kelantan United FC menentang Kedah Darul Aman FC pada 13 Mac.

“Saya mengucapkan tahniah kepada KBS kerana telah mengambil langkah yang murni dan baik ini, sebenarnya tanyangan skirn besar yang akan diadakan membabitkan pasukan-pasukan yang beraksi di tempat lawan, ia satu perkara yang amat baik.

“Ia bukan saja kepada penyokong bola sepak pasukan tersebut bukan saja dapat menonton secara langsung, tetapi ia juga akan merapatkan hubungan komuniti itu sendiri di mana mereka berada.

“Di pihak MFL, kita akan bekerjasama dengan usaha-usaha murni ini khususnya buat masyarakat dan belia di mana jua mereka berada dan tahniah pada bulan Mac ini ada empat perlawanan yang akan disiarkan menerusi skrin besar oleh KBS, dan sebelum ini Piala AFF juga diadakan dan ia menggambarkan kemeriahan, membantu kemeriahan Liga Malaysia dan membantu sokongan kelab-kelab yang bertanding,” ujar Datuk Abdul Ghani Hassan, Presiden MFL.

Sidang media itu turut dihadiri, Ketua Setiausaha KBS, Dr Nagulendran Kangayatkarasu dan Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan.

Loading...
Terkini