Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Kebangkitan dramatik pastikan Harimau Malaya tumpaskan Kyrgyzstan 4-3

BUKKT JALIL: Puas!! Itulah yang dirasai pasukan kebangsaan apabila melengkapkan kebangkitan ke atas Kyrgyzstan dengan memenangi perlawanan pertama Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2023.

Mohamad Faisal Abdul Halim muncul wira pasukan apabila menjaringkan gol kemenangan 4-3 ke atas pelawat yang menduduki ranking ke-97 dunia itu menerusi rembatan leret masa kecederaan hasil umpanan Arif Aiman Mohd Hanapi.

Kejayaan itu membuatkan Stadium Nasional, bergempita di penghujung perlawanan yang dihadiri 17,142 orang.

Skuad bimbingan Kim Pan Gon itu meraih tiga mata penuh pertama di Kumpulan D menuju aksi kedua menentang Taiwan di Taipei, Selasa ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini