comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Klopp berang persembahan ‘sangat buruk’ Liverpool

Pemain tengah Brighton, Solly March (kiri) menjaringkan gol mengatasi penjaga gol Liverpool, Alisson Becker di Stadium Komuniti American Express dekat Brighton, England. – FOTO: AFP

BRIGHTON, United Kingdom: Jurgen Klopp melabelkan persembahan longgar Liverpool ketika tewas 3-0 di Brighton awal pagi tadi sebagai yang terburuk pernah disaksikannya ketika dia mengendalikan kelab dari Anfield itu.

Skuad bermasalah Klopp tewas pada babak kedua oleh dua jaringan Solly March dan jaringan lewat Danny Welbeck.

Persembahan buruk Liverpool hadir selepas tewas 3-1 di tangan Brentford dan seri pada Piala FA menentang Wolves yang menyaksikan mereka terselamat berikutan keputusan kontroversi VAR.

Skuad Reds kini di tangga kelapan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan harapan mereka untuk kedudukan empat teratas semakin pudar minggu ini.

Reaksi pengendali Liverpool, Juergen Klopp (kiri) dan pemainnya, Andrew Robertson sejurus tamat perlawanan menentang Brighton. – FOTO: REUTERS

Klopp tidak percaya apa yang dilihatnya apabila Brighton mendominasi pasukannya dengan cara yang tidak pernah dialaminya sejak mengambil alih pada 2015.

“Buruk. Sangat buruk. Saya tidak ingat perlawanan lebih buruk. Ia perlawanan antara pasukan yang sangat tersusun berdepan pasukan yang tidak begitu tersusun,” kata Klopp.

“Sangat kecewa. Kami memberikan mereka bola, ruang terlalu besar dan kami tidak memberi tekanan. Itu jelas tidak bagus, terutama ketika berdepan pasukan yang sangat suka memberi tekanan seperti Brighton. Mereka ada lebih keyakinan tetapi kami sebaliknya.”

Klopp berkata dia cuba menukar taktik Liverpool dalam usaha mengubah persembahan buruk mereka, tetapi merumuskan pemain tidak berjaya melakukannya dengan baik.

“Saya ada idea untuk menukar formasi untuk cuba membantu pasukan. Itulah ideanya. Tapi kami gagal melakukannya dengan betul,” katanya.

“Kami perlu kreatif dengan pilihan yang kami ada. Apa yang saya lihat hari ini daripada pasukan saya ialah mereka langsung tidak meyakinkan. Itu sahaja.”

Pemain Brighton & Hove Albion, Pascal Gross (kiri) bersaing dengan pemain Liverpool, Ibrahima Konate. – FOTO: REUTERS

Musim lalu Liverpool hanya perlukan dua kemenangan untuk melengkapkan empat kejuaraan ketika mereka merangkul Piala FA dan Piala Liga dan menyaksikan gelaran Liga Perdana ke Manchester City dan kemudian tewas final Liga Juara-Juara kepada Real Madrid.

Skuad dimiliki Klopp ketika ini adalah bayangan pasukan yang hampir meencipta sejarah itu dan dia mengakui, hilang kata-kata bagi menerangkan perbezaannya.

“Bagaimana anda mahu menerangkannya? Pemain yang sama bermain dengan hebat dalam perlawanan tetapi jika ia tidak disusun dengan bagus ia kelihatan seperti itu,” katanya. – AFP

Loading...
Terkini