Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin
BUKIT JALIL: Pasukan kebangsaan bermula dengan baik ketika menentang Lubnan di perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka apabila mendahului 1-0.
Asakan berbahaya anak buah Pau Marti Vicente membuahkan hasil apabila Romel Morales merembat masuk dari jarak dekat peluang yang diperolehi minit ke-33.
Malaysia memburu gelaran juara buat kali ke-13, dengan kali terakhir menjulang kejuaraan ialah pada tahun 2013.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.