comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Pengalaman bersama anda sesuatu yang hebat, terima kasih Ratchaburi FC! – Safawi

Perkongsian dari Safawi di laman sosialnya sebagai tanda penghargaan berakhirya tempoh pinjaman. – FOTO: Safawirasid29/ Instagram

KUALA LUMPUR: Penyerang sensasi kebangsaan Muhammad Safawi Rasid meluahkan penghargaan kepada pasukannya Ratchaburi FC sebagai tanda perpisahan berakhirnya ikatan pinjaman.

Pemain berusia 26 tahun itu yang dilepaskan secara kontrak pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Disember menghabiskan masa lima bulan beraksi di Thailand dengan bermain di Liga Satu.

Safawi meluahkan cabaran yang dilaluinya sebagai sesuatu yang besar selain mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada The Dragons.

Mereka menamatkan kempen domestik di tangga kelapan menerusi 41 mata yang dikumpul dari 10 kemenangan, 11 seri dan sembilan kali kalah.

Safawi membuat 13 penampilan dan menjaringkan satu gol sepanjang menyarung jersi pasukan bimbingan Douglas Cordozo.

Cuma yang menjadi tanda tanya ialah hala tuju seterusnya pemain kelahiran Dungun itu sama ada kembali ke pangkuan Harimau Selatan atau menyertai mana-mana pasukan lain selepas ini.

Loading...
Terkini