comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Penyokong akui Belgium beraksi buruk, lega tidak dihukum Kanada

Antara penyokong The Red Devils yang mengenakan fesyen tersendiri di Stadium Ahmad bin Ali ketika menentang Kanada dalam saingan Piala Dunia kumpulan F. – FOTO: REUTERS

Oleh Saiyed Ismail Saiyed Hussin

AL RAYYAN: Janji menang!

Penyokong Belgium lega apabila pasukan kesayangan mereka berjaya merakam kemenangan disebalik aksi kurang memberangsangkan The Red Devils ketika menentang Kanada.

Pengikut pasukan bersama-sama dikalangan 40,432 orang yang berada di Stadium Ahmad bin Ali mengakui permainan ditunjukkan barisan bimbingan Roberto Martinez bukanlah boleh dibanggakan sangat berbanding lawan.

“Baik, kami menang dengan 1 gol yang baik untuk kami. Tetapi ia permainan yang buruk kerana Kanada mempunyai lebih banyak peluang serta lebih bagus, lebih laju dan mantap,” kata penyokong Alain De Jonghen.

Mereka yang hadir ke Qatar dari tanah air terpaksa berpuas hati dengan kemenangan tipis 1-0 selepas bernasib baik tidak dihukum Kanada yang mendapat banyak peluang melakukan jaringan.

“Sangat-sangat sukar. Separuh masa pertama sangat bawah di tahap sebenar Belgium. Tetapi paparan jaringan ketika rehat tidak memaparkan situasi semasa permainan. Apapun hanya gol yang dikira. Di tahap ini, apabila pasukan seperti Kanada mensesiakan peluang, ia sukar untuk diterima dan mereka tidak lagi berada dalam permainan di separuh masa media,” luah Jean-Marc Rary.

Alphonso Davies melepaskan peluang terbaik Kanada memimpin perlawanan apabila sepakan penaltinya minit ke-10 diselamatkan penjaga gol Thibaut Courtois.

Gawang Belgium banyak kali diancam selepas itu namun Courtois berada di kedudukan tepat untuk menghalang dan menafikan lawan menghasilkan gol.

Kanada yang berkedudukan tinggi di atas padang semasa ghairah menyerang dihukum dengan serangan balas disempurnakan Michy Batshuayi seminit sebelum rehat.

Ia membolehkan Belgium mendahului carta kumpulan F dengan 3 mata, berkelebihan 2 mata ke atas Croatia dan Maghribi yang seri tanpa jaringan.

Kanada pula terpaksa menelan kepahitan menanggung kekalahan dalam penampilan pertama di Piala Dunia selepas kali terakhir mengambil bahagian 36 tahun lalu di Mexico. – REUTERS

Loading...
Terkini