comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: PJ City umum tidak bertanding Liga Super 2023

Foto Facebook PJ City – Pasukan PJ City yang diperkuatkan sepenuhnya pemain tempatan tidak lagi mengambil bahagian di Liga Super 2023.

BolaOleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

PETALING JAYA: Spekulasi mengenai status penyertaan Petaling Jaya Football Club (PJ City) dalam saingan Liga Super 2023 akhirnya terjawab dengan pengesahan penarikan diri dari saingan itu pada tahun hadapan.

Ia dijawab menerusi sidang media khas PJ City di sini oleh Presidennya Datuk Seri Subahan Kamal yang mengumumkan pengunduran dari liga tertinggi tanah air itu disebabkan tidak dapat menyesuaikan diri dengan senario baharu liga tempatan bermula 2023.

“Saya rasa pihak lembaga telah membuat keputusan yang sukar, secara praktikalnya susah untuk memberikan saingan dalam persekitaran baharu tersebut,” jelas Datuk Seri Subahan Kamal.

Pasukan yang dimiliki oleh syarikat Qi Group tersebut menjadi kelab profesional tanah air tunggal yang menggunakan pendekatan 100% khidmat pemain tempatan menerusi kempen #yakinilokal selama dua tahun berturut-turut sejak 2021 namun menyifatkan sukar untuk terus bersaing pada tahun hadapan memandangkan terdapat penambahan dari segi komposisi pemain import kepada pasukan bertanding.

Datuk Seri Subahan juga menghormati dan tidak menyalahkan ketetapan baharu oleh penganjur dalam masa sama menafikan aspek kewangan sebagai punca keputusan pihaknya mengambil keputusan tersebut.

“Kami berbelanja berjuta setiap tahun, dengan bajet besar dalam 15-16 juta tiap tahun, ini adalah untuk berikan terbaik kepada bola sepak dan sukan negara, tetapi kami juga boleh melakukannya tanpa perlu bertanding dalam Liga Super,” tambahnya lagi.

Perubahan lain bakal disaksikan ialah struktur liga yang memerlukan setiap pasukan mempunyai skuad bawah 23 tahun (B-23) yang akan bermain di Liga Simpanan.

Presiden ‘The Phoenix’ itu memberitahu pihaknya bersedia membuka pintu perbincangan dengan mana-mana pihak yang berhasrat mengambil alih PJ City dan meneruskan penyertaan dalam Liga Malaysia musim depan.

Loading...
Terkini