comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: PSG, Chelsea, Dortmund & Benfica Jadi Pasukan Terbaru Mara Ke Pusingan 6

Foto AP

NYON: Empat lagi pasukan Paris Saint-Germain (PSG), Chelsea, Borussia Dortmund dan Benfica mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik sekaligus menjadikan 9 kesemuanya setakat ini berbaki 1 lagi pertemuan kumpulan.

PSG paling unggul di hari perlawanan kelima awal pagi tadi menerusi kemenangan besar 7-2 di halaman sendiri.

Lionel Messi dan Kylian Mbappe menyumbat dua gol, ditambah masing-masing satu dari Neymar, Carlos Soler dan jaringan sendiri Sean Goldberg di Parc des Princes memastikan mereka mengesahkan tempat 2 teratas kumpulan H.

Gelaran pendahulu akan ditentukan dengan pencabar Benfica selepas menutup peluang Juventus menerusi kemenangan 4-3 di halaman sendiri hasil satu gol Antonio Silva, Joao Mario manakala Rafa Silva menyumbang 2 gol di Estadio da Luz.

Chelsea memastikan satu slot dari kumpulan E menjadi miliknya selepas menang 2-1 ke atas RB Salzburg hasil jaringan Mateo Kovacic dan Kai Havertz.

AC Milan membenam Dinamo Zagreb menerusi gol-gol Matteo Gabbia, Rafael Leo, Olivier Giroud serta jaringan sendiri Robert Ljubicic di Stadion Maksimir untuk membuka kembali peluang bersaing dengan Salzburg bagi mengiringi Chelsea.

RB Leipzig menang tipis 3-2 hasil gol Josko Gvardiol, Christopher Nkunku dan Timor Werner ke atas Real Madrid di tempat sendiri sekaligus menghidupkan peluang untuk mara selain memaksa pelawat yang sudah mengesahkan tempat lebih awal menanti hingga perlawanan terakhir bagi bergelar juara kumpulan F.

Shakhtar Donetsk mengikat Celtic di arena lawan dan berpeluang mara sekiranya menewaskan Leipzig di aksi terakhir nanti.

Borussia Dortmund mengutip 1 mata penting mengikat Manchester City 0-0 di Signal Iduna Park sekaligus mengiringi pelawat ke pusingan kalah mati dengan gelaran naib juara kumpulan G.

Ia mengecewakan Sevilla yang berhasrat mara selepas menewaskan Copenhagen 3-0 di Ramon Sanchez Pizjuan hasil gol Youssef En-Nesyri, Isco dan Gonzalo Montieti.

Loading...
Terkini